
maklanganjang
5 tahun
Adakah saya mengandung
Hai Dr
Saya Faty umur 36, haid saya terlewat 9 hari… Sejak hampir 3 minggu, breast saya sangat sakit dan nyeri… Sehingga lenguh dan sakit belakang… Sblm ni setiap kali period, breast akn rasa sakit tetapi tidak lah lama… Saya juga kerap diserang gastrik…sejak akhir2 ni… 4hari yg lepas saya test upt dirumah pada awal pagi, tapi keputusannya negatif… Saya juga sudah 2 hari terasa badan panas dan tidak selesa… Kenapa ya…

5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengemukakan soalan anda kepada kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,terdapat banyak faktor yand menyebabkan ujian kehamilan di rumah menunjukkan keputusan negatif palsu. Antaranya adalah :
- ujian kehamilan diambil terlalu awal dalam kehamilan dan
- kit ujian tidak dapat mengesan tahap HCG yang sangat rendah.
Untuk mendapatkan hasil yang tepat, ambil ujian perkara pertama pada waktu pagi apabila air kencing paling pekat dan berikan ujian masa yang cukup untuk berhasil sebelum memeriksanya. Waktu paling optimum adalah selepas 7 hari lewat haid.
Bagi masalah badan terasa panas dan tidak selesa pula boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan yang memerlukan pemeriksaan lanjut.
Dalam situasi anda, jika anda mengesyaki anda hamil, anda dinasihatkan anda untuk mengambil satu lagi ujian kehamilan di rumah selepas beberapa hari. Sekiranya ia masih lagi negatif, sila jumpa pakar ginekologi anda untuk mendapatkan pemeriksaan ultrasound untuk memastikan kehamilan anda.Tanpa maklumat yang lebih lengkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.