
Sulit
4 tahun
Adakah saya pregnant
Last period saya adalah 3 april dan berakhir pada 7 april… Sejak akhir akhir ni saya menjadi kurang selera makan dan rasa sedikit mual tetapi tidak ingin muntah. Perut saya jugak menjadi tidak selesa. Badan saya menjadi panas harini. Saya melakukan hubungan pada 13 april. Adakah kemungkinan saya sedang mengandung sekarang? Haid saya seterusnya adalah 1 april. Tetapi saya tidak boleh membezakan antara tanda haid dan mengandung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan anda. Kesuburan seorang wanita biasanya terletak di tengah kitaran haid. Biasanya waktu subur adalah sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal (28 hari). Maka, sekiranya anda melakukan hubungan pada tempoh tersebut, kemungkinan untuk hamil adalah tinggi.
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda kehamilan seperti muntah, tiada haid pada bulan seterusnya, kembung perut serta perubahan mood, anda digalakkan untuk melakukan ujian untuk kehamilan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih