Sulit
6 tahun
Adakah saya terdedah dgn wabak covid-19;Mengalami sakit kepala,sakit badan,demam dan batuk
Saya berumur 37 tahun.Sejak minggu lepas,kesihatan saya mula merosot sedikit.Bermula pada 5/4,saya mengalami sakit kepala,sakit badan seterusnya demam.Walaubagaimanapun, pada hari selasa(7/4),saya dah pulih dari demam.Tapi malang nya,malam tersebut saya alami resdung sehingga hari rabu (8/4).Sejak hari Khamis,saya mula batuk-batuk.Tidak terlalu kerap batuk- batuknya.Dalam sehari,2 @ 3 kali batuk.Apabila ambil ubat batuk,tiada lagi batuk dan gatal2 di tekak.Kadang-kadang,saya juga merasa seperti tidak selesa untuk bernafas seperti selalu.Dada saya terasa seperti ‘terhimpit’.Tapi masih boleh menarik nafas panjang.Cuma rasa x selesa dan macam ada lendir di tekak.Batuk-batuk tersebut sampai hari ini ada.Adakah saya terdedah dengan jangkitan covid-19?
6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, selain daripada jangkitan COVID-19, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Punca Punca batuk:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Sesak nafas
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Punca demam:
Demam denggi
Demam malaria
Jangkitan leptospirosis
Jangkitan tifoid
Tuberkulosis
Tonsilitis
Allergic rhinitis
Pharyngitis (Jangkitan di tekak)
Jangkitan di telinga (otitis media)
Pengendalian ujian ini adalah bergantung kepada pengamatan dan evaluasi daripada doktor setelah melakukan pemerhatian klinikal, pemeriksaan serta mengetahui sejarah sakit. Jika anda menunjukkan simptom jangkitan dan pernah berkunjung ataupun berada dekat dengan penduduk dari negara yang terjejas teruk dalam jangka masa yang panjang, sebaiknya anda mendapatkan ujian ini.
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































