Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Adakah Sejak Start Rawatan Haart kesan lagi teruk

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Mei 28, 2020 2:05 AM

Sulit 46 hari

saya lelaki 30 an. tiga bulan lepas saya mengalami cirit birit sehingga dimasukkan kehospital selama 4 hari. Pemeriksaan darah diambil dan saya didapati positif hiv. sample najis juga diambil dan keputusan tiada apa2. saya baru memulakan rawatan haart dan sehingga kini cirit birit saya semakin berlanjutan. Adakah effect haart? Sejak ambil haart saya baru rasa demam sekali dan mual2. tolong Dr

Dr Sri Viknarajan 46 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Untuk makluman pihak anda, HAART adalah bermaksud HIV/AIDS Anti-Retroviral Therapy yaitu sekelompok ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk mengurangkan pertumbuhan virus HIV. Ubat ini berfungsi dengan melumpuhkan proses pembentukan DNA virus tersebut.

Sebaik sahaja mendapat diagnosis HIV, adalah amat digalakkan untuk anda langsung memulakan pengambilan ubat secepat mungkin agar penyakit HIV tidak melarat menjadi AIDS pada kadar yang cepat. Antara kesan sampingan yang sering terjadi akibat pengambilan ubat ini adalah:

  • Mual
  • Muntah
  • Masalah organ hati

Akan tetapi, kesan sampingan diatas hanya akan timbul pada satu hingga dua minggu pertama pengambilan ubat tersebut. Sekiranya ubat sesuai, anda boleh langsung meneruskan pengambila ubat jenis tersebut selamanya.

Oleh itu, sila rujuk kepada pihak kami di pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih

Dikemaskini pada: Thu May 28 2020 02:05:25 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
syahmim761
Adakah melakukan seks dengan kanak kanak boleh dijangkiti HIV? adakah seorang remaja lelaki melakukan seks bersama kanak kanak lelaki mahupun perempuan yang lain boleh menghidapi HIV ? Baca lagi...
39 hari
Sulit
Masalah sexually healthy Hai sya lelaki berusia 20 kerap beronani adakah sye akan dijangkiti hiv Baca lagi...
55 hari
Sulit
Adakah Saya berisiko untuk terkena jangkitam virus hiv itu? Kalau seseorg itu pnh buat seks songsang lelaki dgn lelaki tnpa mmakai kondom tp air Mani dipncutkan dkt luar dubur…adakh dia brkmungkinan positive hiv jika psagan seks dia positive hiv dri asal… Baca lagi...
25 hari
Sulit
Adakah saya akan mudah dijangkiti hiv? Hye dok, saya pernah melakukan oral seks tanpa perlindungan dengan pasangan yang tidak dijangkiti hiv. Bagaimana hiv virus boleh dijangkiti ketika oral seks, adakah disebabkan air mani yang ber… Baca lagi...
17 hari
Sulit
Pemeriksaan penyakit Saya lelaki 23 tahun, saya pernah diliwat sebanyak 2 kali. Saya risau adakah saya akan dijangkiti penyakit daripada hubungan kelamin seperti std dan hiv. Bolehkah saya membuat pemeriksaan di kli… Baca lagi...
31 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi