Sulit

23 bulan

Ujian Pengesahan dan Rapid Test HIV

Salam sejahtera.

Sekiranya seseorang telah disahkan negatif HIV dengan menggunakan kaedah ujian pengesahan, tidak akan terdeteksi lagi akan datang dalam 5-10 tahun akan datang atau lebih? Kebanyakan kes yang dahulunya lakukan aktiviti berisiko, negatif kemudian dalam jangka 5 atau 10 tahun didiagnosis positif adakah disebabkan hanya lakukan rapid test?

Minta penerangan daripada doktor.

Terima kasih.

Dr Ramzdhan,

23 bulan

Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda berkaitan ujian HIV.Saya akan cuba untuk membantu.

Untuk makluman anda, terdapat pelbagai ujian HIV yang dilakukan berdasarkan waktu antara seseorang terdedah pada HIV dan ujian HIV untuk mengesan virus yang dipanggil window period. Antara ujian HIV yang boleh mengesan virus ialah :

  • nucleic acid test (NAT), ujian ini boleh mengesan virus selepas 10 - 33 hari selepas pendedahan pada virus
  • antigen/antibody test: akan mengesan virus selepas 18 - 45 hari selepas pendedahan kepada virus
  • antibody test: akan mengesan virus selepas 23 - 90 hari selepas pendedahan kepada virus.

Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan!

Kaedah ujian pengesahan ini amat tepat jika seseorang membuat dalam window period yang ditetapkan tetapi amat digalakkan untuk membuat ujian kepastian selepas 3 bulan selepas pendedahan virus. Namun begitu, individu yang terdedah pada HIV sepatutnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat walaupun menggunakan kaedah ujian pengesahan.

Mengenai persoalan anda,rapid test HIV hanyalah merupakan salah satu bentuk saringan HIV. Keputusan negatif tidak bermaksud individu tersebut bebas dari HIV kerana keputusannya boleh memberikan keputusan false negative dan mungkin juga kandungan virus tersebut adalah rendah untuk dikesan oleh kit ujian HIV pada masa melakukan ujian tersebut.

Oleh itu,individu yang terdedah pada jangkitan HIV perlu melakukan ujian lain seperti viral load dan CD4 count untuk mengenali status HIV.

Sekiranya anda masih bimbang atau ada persoalan mengenai HIV saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat jawapan yang lebih tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_177961361

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)