Sulit

2 tahun

JENIS KEPUTUSAN HIV ada berapa jenis dan berapa banyak?

Hi doktor , saya nak tanya , berapa jenis keputusan hiv? adakah ia mempunyai 4 keputusan which is :

  1. Window Period
  2. Undetactable HIV
  3. Positive
  4. Negative

Sekiranya negative , adakah ia negative? dan sekiranya undetactable hiv , adakah ia positive?

Dr Ramzdhan,

2 tahun

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda. Saya akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.

Bagi mengesahkan jangkitan HIV, beberapa jenis ujian darah boleh digunakan seperti:

  1. Ujian asid nukleik - boleh mengesan jangkitan HIV 10 hingga 33 hari selepas pendedahan.
  2. Ujian kombinasi antigen/antibodi
    a. bagi darah yang diambil dari vena - boleh mengesan jangkitan HIV 18 hingga 45 hari selepas pendedahan.
    b. bagi darah dari jari telunjuk - mengambil masa yang lebih lama untuk mengesan HIV (18 hingga 90 hari selepas pendedahan).
  3. Ujian antibodi - biasanya mengambil masa 23-90 hari untuk mengesan jangkitan HIV. Kebanyakan ujian pantas (Rapid Test) dan ujian rumah yang boleh dibeli adalah jenis ujian antibodi.

Window period ialah tempoh masa dari pendedahan kepada jangkitan HIV hingga masa badan menghasilkan antibodi HIV yang mencukupi untuk dikesan oleh ujian HIV.

  • Negatif (tidak reaktif / Non-reactive) bermakna anda HIV negatif. Anda tidak mempunyai HIV (berdasarkan window period dan jikalau tiada risiko terkini).

  • Positif (reaktif / reactive) bermaksud ujian menunjukkan anda positif HIV dan anda dijangkiti HIV.

  • Tidak tentu (Indeterminate) bermaksud keputusan ujian tidak jelas dan perlu diulang.

Ujian pantas melibatkan tempoh Window Period 3 bulan.

Keputusan positif daripada ujian pantas sentiasa perlu disahkan oleh ujian makmal yang berbeza. Jika anda mempunyai risiko lain baru-baru ini, keputusan negatif perlu disahkan dalam masa tiga bulan.

Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Kami berharap agar jawapn ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_255923743%20copy
AdobeStock_272601132%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)