Sulit
5 tahun
Adakah tarikh haid berubah slps seks?
Saya wanita 20an,ingin bertanya adakah selepas seks tarikh haid akan berganjak atau bertukar? Contoh, tarikh biasa haid pd 27hb tp telah melakukan seks pada sehari sebelum atau 2 hari sblm tarikh haid tersebut. Adakah normal jika selepas seks tarikh haid akan berganjak atau berubah? Atau perlu melakukan ujian UPT? Dan jika selepas seks dalam tempoh berapa minggu disyorkan membuat ujian UPT?
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, melakukan seks boleh menyebabkan kehamilan. Kehamilan adalah antara punca utama haid menjadi lewat. Selain daripada kehamilan terdapat juga punca-punca lain yang boleh menyebabkan haid lewat:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda boleh melakukan ujian kehamilan sekali lagi setelah dua minggu lewat haid daripada tarikah sepatutnya.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

























