
Anonymous
5 tahun
Air kecing terkeluar sikit selepas kencing
Saya berusia 20an. Dah seminggu saya mengalami masalah ini. Apabila sesudah kencing pasti air kencing akan terkeluar sedikit. Masalah lawas kencing? Ada ubat tak? Tak selesa bila dh pakai seluar…lepastu terasa air kencing macam setitis tu terkeluar.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kencing tak lawas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat (bagi lelaki)
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Kesan strok
Untuk mengetahui ubat atau rawatan yang sesuai untuk anda, preskripsi adalah diperlukan.
Serta untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut perlu ditanya sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.