Sulit
5 tahun
Air mani saya menjadi cair
Saya mengalami air mani cair selepas mengetahui keadaan ini saya telah mengambil keputusan untuk meninggalkan tabiat buruk saya untuk beberapa bulan.adakah kuantiti sperma saya yg sedikit akan kembalikuantiti yang normal selepas beberapa bulan saya meninggalkan tabiat buruk saya
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, air mani menjadi cair ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Faktor usia
- Kerap mengeluarkan air mani
- Ejakulasi Retrograd (Air mani disalurkan ke arah berlawanan dari arah normal)
Untuk mengetahui punca air mani cair yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

































