
Sulit
4 tahun
Air mazi lelaki terkena pada bibir vagina
saya ingin mengetahui samada air mazi lelaki jika terkena pada bibir vagina ianya akan menyebabkan kehamilan atau tidak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kemusykilan yang anda ada pada masa ini. Untuk makluman pihak anda, air mazi boleh mengandungi sperma. Sperma yang sedikit ini masih berpotensi untuk menghamilkan pasangan anda. Oleh kerana anda tidak melakukan penetrasi, kemungkinan untuk hamil adalah sangat rendah.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk menasihati anda agar mengamalkan hubungan seks yang selamat dengan kaedah-kaedah yang betul seperti memakai kondom, dan mengelakkan melakukan seks rambang. Hal ini kerana perkara sedemikian mendedahkan diri kita kepada risiko penyakit kelamin.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.