Sulit
3 tahun
Alahan/resdung yg membimbangkan saya
hai doktor…anak sy umur 6 tahun…mengalami hidung tersumbat yg sgt teruk bila tidur…mengganggu tidur dia dan sy juga…pelbagai ubat sy dah ikhtiar tp anak tetap tak pulih…jika sy bawa anak sy ke pakar , apakah rawatan yg diberi oleh pihak pakar? tambahan pula skrg tgah covid sgt membimbangkan utk pergi ke hospital…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi iaitu hidung tersumbat. Untuk makluman anda, masalah hidung tersumbat pada kanak-kanak boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- adanya bahan asing di dalam hidung (mainan/benda yang kecil yang dimasukkan ke dalam hidung ketika bermain)
- selsema/ batuk
- sinusitis
- alahan
Untuk mengetahui rawatan yang tepat kepada masalah ini, puncanya haruslah diketahui. Justeru, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Oleh itu, sekiranya masalah ini berlarutan dan bertambah buruk, anda dinasihatkan untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor di klinik/doktor yang berdekatan.
Namun begitu, berikut adalah tips untuk mengurangkan gejala hidung tersumbat (kecuali yang disebabkan oleh bahan asing), antaranya ialah:
- Minum lebih banyak air, sehingga kekentalan lendir di hidung akan berkurang
- Mandi menggunakan air hangat.
- Hindari berenang dalam kolam yang mengandungi chlorine
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.