
Sulit
4 tahun
Alat kelamin saya melecet
Alat kemaluan saya mengalami gatal2, saya telah menggaru alat kemaluan saya sehingga menyebabkan ianya melecet dan seakan ulser di zakar dan sekelilingnya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kerisauan anda terhadap keadaan yang anda sedang alami. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab mengapa kemaluan dan kawasan sekitarnya mengalami gatal-gatal. Antaranya:
- Penjagaan kemaluan dan kawasan sekitarnya yang kurang bersih
- Peluh yang banyak di kawasan kemaluan
- Jangkitan kulat
- Penyakit kelamin (STI)
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum dan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan fizikal dan klinikal untuk mengetahui punca sebenar.
Antara langkah yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan gejala yang anda sedang alami adalah sentiasa menjaga kebersihan di kawasan tersebut seperti mandi, pastikan kawasan tersebut kering, sentiasa memakai pakaian dalam yang baru setiap kali selepas mandi atau berpeluh dan membasuh pakaian dalam anda dengan cara yang betul dan bersih.
Terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di DoctorOnCall untuk mendapat khidmat konsultasi di atas talian.