
Sulit
4 tahun
Amnesia because of brain tumor surgery
Hello doctor, saya ada kawan saya yang baru sahaja buat pembedahan brain tumor surgery bulan 1 hari itu and then dia koma untuk 2 bulan. Bila dia sedar, dia hilang ingatan untuk certain people saya salah seorang yang dia tak ingat. Saya rasa dia mengalami retrograde amnesia. Soalan saya doktor, amnesia yang dia alami ni temporary ataupun permanent? Boleh ke dia rawat? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah dengan ingatan merupakan salah satu kesan sampingan akibat pembedahan ketumbuhan di otak. Kesan ini boleh berlarutan untuk beberapa minggu atau bulan. Kadangkala, memorinya mungkin tidak akan lembali sepenuhnya. Terapi ingatan boleh membantu kawan anda mengingati semula memori lampau nya sekirany sel yang menyimpan memori ini tidak terganggu atau di buang semasa pembedahan otak beliau. Oleh itu, anda harus bawa bersabar dan berharap untuk yang terbaik.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.