
angah_89skf
5 tahun
Anak 2 thn cirit birit selepas makan ubat cacing
Hi Doktor,
Anak sy mengalami cirit birit selepas makan ubat cacing. Adakah itu normal? Apa yg perlu sy buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ubat tersebut boleh memberi kesan sampingan seperti:
- pening atau sakit kepala
- loya, muntah, cirit birit
- ruam dan gatal kulit
Walaubagaimanapun, sekiranya gejala ini berpanjangan sehingga anak anda tidak lagi aktif, kurang selera makan, dan sebagainya serta membimbangkan, anda harus segera mendapatkan rawatan lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.