Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Anak 4tahun perempuan kerap kencing selang 5minit

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: November 25, 2020 8:53 AM

Sulit 53 hari

Anak saya 4tahun perempuan baru berhenti pakai pampers dua minggu .beliU kerap kencing tapi tidak sakit…adakah anak saya mengalami sakit…

Dr Sri Viknarajan 53 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.

Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anak anda. Umumnya gejala kerap kencing atau inkontinensia boleh disebabkan oleh:

  • Teknik cuci kemaluan yang salah
  • Gejala kencing manis
  • Masalah psikologi
  • Penyakit saraf
  • Disfungsi pundi kencing

Sekiranya gejala tersebut disertai demam dan tidak selesa pada bahagian bawah perut, ia boleh disebabkan oleh jangkitan saluran kencing oleh bakteria atau virus (baca: kencing kotor). Namun sebaliknya, ia juga boleh disebabkan oleh tabiat minum air yang banyak

Dapatkan penjagaan kebersihan dan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.

Sekiranya gejala tersebut berterusan atau bertambah, anda di nasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera. Disamping itu, ada juga dinasihatkan untuk:

  • cuci kemaluan anak anda (setelah buang air) dari depan ke belakang (untuk mengelakkan / memperparah jangkitan kuman)
  • memastikan kawasan bilik air sentiasa bersih
  • hindari penggunaan apa-apa jenis ubat tanpa nasihat doktor

Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.

Walau bagaimanapun, jawapan yang telah diberikan hanyalah pengetahuan umum berdasarkan maklumat yang terhad dari penyataan anda di atas. Untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat kami memerlukan maklumat tambahan dan pemeriksaan yang lebih komprehensif.

Dikemaskini pada: Wed Nov 25 2020 08:53:12 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kanak-kanak tentang kesihatan kanak-kanak secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Berak anak 6 bulan ke bawah Anak berumur 4 bulan lebih,ada sedikit calitan darah dan berwarna kelabu. Baca lagi...
10 hari
Sulit
Anak cirit waktu malam anak saya berumur 18 bulan , dalam minggu ni anak saya kerap tercirit pada waktu malam tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. saya risau , kalau kalau anak saya beracunan Baca lagi...
10 hari
Sulit
Mahu sentiasa menjadi nombor satu, peserta pertama Anak sulung berumur 7tahun, baru memiliki adik. Masalahnya anak sulung ini selalu membandingkan dirinya dan mahu jadi nombor satu. Hatta, siapa mandi dahulu pun menjadi isu besar. Sanggup hantar… Baca lagi...
18 hari
Sulit
Ubat Gigi sesuai untuk kanak kanak G6PD Saya mencari ubat Gigi Yang sesuai untuk anak saya berusia setahun 3 Bulan ,G6PD deficiency Baca lagi...
13 hari
Sulit
Anak berusia setahun 4 bulan. Simptom, loose stool, demam on off, cirit dan selesema 6/1 start loose stool 8/1 pg dedar tp tak demam. Malam demam 9/1 ( demam on off. Suhu turun naik) 0000 cirit 0100 pc 0400 cirit 2 x 0820 cirit isi lendir air 0940 cirit isi lendir air 1… Baca lagi...
7 hari