
Sulit
3 tahun
Anak demam on off selama 3 minggu hingga sekarang
Hai Dr…saya nak Tanya…anak saya on off demam…Baru anak sy telah dimasukn ke hospital jdi Dr ambil darah, urine n x-ray.ok semua normal…jdi APA yang patut saya lakukan mengenai anak saya y on off demam nei Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda terhadap anak anda di mana dia mengalami demam buat masa yang lama. Anda tidak perlu risau kerana kami mempunyai penyelesaian untuk anda. Secara umumnya, demam buat masa yang panjang (prolonged fever) perlu disiasat dengan lebih lanjut. Ia boleh disebabkan oleh beberapa faktor, seperti:
- Tuberkulosis atau tibi
- Jangkitan paru-paru (pneumonia)
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
Sekiranya anak anda menunjukkan gejala-gejala di bawah, sila dapatkan bantuan perubatan di hospital atau klinik berhampiran kerana ia mungkin disebabkan oleh keadaan yang lebih serius dan memerlukan bantuan perubatan segera.
- Muntah-muntah
- Kurang kencing atau lampin yang ditukar kurang daripada biasa
- Lemah dan kerap tidur
- Tiada selera makan atau menyusu
- Menangis tanpa henti (inconsolable cry)
- Sawan
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut. Kami berharap jawapan kami ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.