Sulit

3 tahun

Anak G6PD cirit birit dan minum susu soya

Hi, anak saya berumur 1 tahun 3 bulan, dan dia mengalami cirit birit sehingga kawasan punggungnya merah dan sakit. Saya telah pergi ke klinik pakar kanak-kanak dan doc telah memberi ubat cirit birit, ubat angin, air garam, probiotik, dan satu kotak susu soya tanpa lactose.

  1. Saya tidak tahu bagaimana untuk mengenalpasti anak saya telah sihat kerana kdg2 dia berak agak kerap. Apakah tanda-tanda yang anak saya sudah sihat dari cirit birit ini.

  2. Susu soyanya juga telah habis dan saya telah membeli satu brand susu soya Vitashine Children Formula, kerana petugas farmasi yang mencadangkannya walaupun sy telah memberitahu anak saya mempunyai G6PD. Bolehkan anak saya minum susu soya ini?

  3. Anak saya sangat sukar untuk makan. Hampir tidak mahu makan apa pun kecuali minum susu. Apakah yang patut saya lakukan?

Hi, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.

  1. Antara tanda-tanda bahawa anak anda semakin pulih adalah, tahi dia tidak lagi cair seperti sebelumya dan tidak mengalami gejala dehidrasi lagi seperti bibir kering, mata cengkung dan menangis tidak berair mata. Selain itu anda dapat lihat dia masih aktif dan membesar dengan baik.

  2. Sekiranya anda bimbang mengenai susu dan kesannya terhadap masalah kekurangan G6PD anak anda, setakat ini, susu tidak menyebabkan masalah pada bayi yang menghidapi penyakit tersebut. Saya yakin farmasi tersebut memberi pilihan yang tidak akan memudaratkan keadaan bayi anda.

  3. Masalah ini adalah masalah yang biasa dihadapi oleh para ibu bapa dengan anak kecil. Mereka sangat memilih untuk makan. Nasihat am dari saya, variasikan warna makanan supaya dia tertarik. Mungkin hiaskan sedikit makanan dan tambah pelbagai jenis warna ke dalam makanan dia. Sediakan juga makanan yang berbau harum. Sejujurnya, makanan tidak sihat akan lebih mudah untuk menarik minat mereka, tetapi, sangat tidak digalakkan walaupun anda suka melihat anak mahu makan dengan makanan yang tidak sihat.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

AdobeStock_41699827

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)