
Sulit
5 tahun
Anak perempuan berumur setahun 5bulan tapi tak tumbuh2 gigi lagi
Saya berumur 28 tahun, dan mempunya seorg anak perempuan berumur 1tahun 5bulan. Tetapi masih tak tumbuh gigi lagi. Perlu ke saya risau akan masalah itu? Adakah anak saya mempunya masalah kesihatan atau kekurangan nutrisi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Bayi pramatang
- Kekurangan nutrisi terutamanya Vitamin D
- Keturunan keluarga
- Penyakit genetik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.