
noni1306
5 tahun
Anak perempuan saya 32 tahun,guru selama 8tahun
bulan 5tahun lepas dia mendapat sakit bipolar tahap 2…dlm rawatan psy di alor setar kedah…ubat luvox 200 mg dan epilim 3biji malam 2 biji pagi…dalam setahun ni banyak kali dia down…rasa mati lagi bagus,nak berenti jadi cikgu…bila dia down dia tido 3 hari…ubat saya ibunya pantau dgn betol…adakah cara lain utk pesakit bipolar utk pulih…bantuan doktor amat saya hatqpkqn

5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan masalah anak puan, kami memahami kebimbangan anda. Pesakit bipolar akan mengalami perubahan mood yang ketara atau drastik. Kadang kadang, mereka akan nampak ceria, riang, aktif dan cepat marah. Kadang kadang mereka boleh menjadi muram, kurang makan, tidur untuk masa yang lama, sedih, dan tidak bermaya. Ubat yang sedang diambil oleh anak anda bertujuan untuk mengurangkan ‘depression’ dan menstabilkan mood-nya.
Secara amnya, Bipolar Disorder dirawat dengan dua cara iaitu
- ubat psychotropic - ubat yang diambil untuk menstabilkan mood dan emosi
- terapi/kaunseling - terapi perseorangan atau berkumpulan berdasarkan saranan doktor.
Anda diminta tabahkan diri anda dan cuba memberi sokongan yang secukupnya untuk anak anda. Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih