Syed
5 tahun
Anak saya demam panas dan meruam
salam, dan salam sejehtera… sy ada baby setahun 2 bulan… ank sy demam dr hari sabtu…temp dia 38.7 ke atas… bg ubat x turun2…last sy bg g hspt hari ahad …doc kta demam jangkitan.virus shja… bg ubat…ubat bg mkn mcm doc suruh… temp turun…cukup 4 jam panas blik…ank stay barinh n x makn n kurang minum susu… ari selasa anak siang x demam lgsg… blh main makan n minum susu…tetapi mlm demam balik temp 38.7 keatas…ari ni pun sama…siang x demam…mlam je… kenapa ye? lupa pl sluruh badan anak naik ruam panas n gatal2… doc ckp ari tu ruam panas…perlu ke sy bawa baby ke klinik semula?
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih di atas soalan anda.
Demam panas merupakan cara badan membasmi jangkitan virus atau bakteria. Dengan suhu yang tinggi pada badan, ia membantu membasmi jangkitan. Namun, ia menyebabkan anak-anak meragam kerana tidak rasa selesa. Jika anak anda aktif dan tiada perubahan pada pemakanan, ia tidak perlu dirisaukan. Suhu anak anda menunjukkan ia adalah demam biasa dan tidak terlalu tinggi. Ia mungkin menunjukkan ruam panas di mana kulit menjadi sangat gatal.
Ia biasa berlaku dalam suasana yang panas dan lembap, khususnya apabila memakai pakaian yang tebal. Kanak-kanak berumur di bawah empat tahun mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatnya. Ia biasanya kelihatan seperti bintik-bintik kecil dikelilingi oleh kawasan kulit yang merah. Ia kerap berlaku pada bahagian yang tertutup dengan pakaian seperti bahagian ketiak, leher dan kemaluan. Kebiasaannya, ia akan pulih tanpa rawatan. Namun, ruam boleh dijangkiti oleh jangkitan bakteria atau kulat jika kebersihan tidak terjaga.
Dalam situasi anak anda, saya sarankan anda berjumpa dengan doktor semula jika masih demam atau suhu badan meningkat dengan lebih tinggi lagi.
5 tahun
Hai dan selamat petang. Terima kasih kerana bertanya.
Berdasarkan kenyataan anda,anak anda berkemungkinan terkena jangkitan saluran pernafasan bahagian atas atau URTI. Jangkitan virus adalah biasa dalam kalangan orang-orang dewasa dan juga kanak-kanak. Kebanyakan jangkitan virus kanak-kanak tidak serius dan termasuk pelbagai simptom-simptom seperti selsema dengan sakit tekak, muntah dan cirit-birit, dan demam.
Seperti yang anda nyatakan, kadang-kadang ruam kulit juga boleh berlaku disebabkan jangkitan virus. Sesetengah penyakit virus akan menyebabkan penyakit yang lebih serius, seperti campak, tapi ianya jarang berlaku sekarang kerana imunisasi yang meluas. Antibiotik tidak dapat menyembuhkan jangkitan virus. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami jangkitan virus sembuh tanpa perlukan sebarang rawatan. Banyak jangkitan virus mengakibatkan demam dan sakit badan atau ketidakselesaan. Doktor kadang-kadang merawat demam dengan memberikan acetaminophen atau ibuprofen.
Demam dalam kalangan kanak-kanak adalah kerap dilaporkan. Ianya merupakan satu kondisi yang tidak merisaukan. Kebiasaannya demam dalam kalangan kanak-kanak juga disertai dengan simptom-simptom seperti sakit tekak, hilang selera makan, selsema dan batuk, dan juga sesak nafas. Jika anak anda mempunyai allergik terhadap sesuatu benda, sila berikan perhatian terhadap faktor tersebut. Kerana mungkin hal tersebut yang menyebabkan ruam kulit dan juga demam padanya. Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan kepastian dan rawatan yang sesuai. Terima kasih.