
Sulit
5 tahun
Anak Suka main alat sulit dia
Anak saya berumur 2tahun…masalahnya skarang…anak saya suka keluarkan alat sulit dia dari pampes,semata-mata gentel dan pegag smpi alat sulit dia menegag macam mana cara saya bole buat untuk elak ank saya bermain alat sulit dia doktor sy binmbang dan risau habit main alat sulit dia smpai tegag ni…bwa ke besar.sy risau.ank saya ank lelaki

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat kanak-kanak yang mempunyai tabiat sedemikian. Mereka melakukannya kerana ia melegakan dan bukan atas dasar seksualiti. Namun, untuk mengurangkan tabiatnya, anda disarankan:
- mengisi masa lapangnya dengan memberi mainan di tangan
- menegurnya setiap kali dia melakukannya walaupun muda
- mencari hobi baru untuk anak, kenal pasti perkara lain yang disukainya
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.