
Sulit
3 tahun
Angin atau batu karang?
Saya wanita berumur 20 tahun. Kejadian ini sudah berlaku 5 kali dalam tahun yang berlainan dan yang terbaru adalah pada bulan puasa baru2 ini. Selepas bersahur, perut tiba2 rasa sakit seperti ditikam namun tiada tanda2 untuk membuang air kecil atau besar. Rasa sakit tak tertahan menyebabkan saya muntah dan pitam. Sebelum ini sakit dalam setengah jam tetapi tahun ini sakitnya berlarutan beberapa jam.
Mak saya cakap saya cuma kurang lawas angin tetapi saya syak batu karang. Sekiranya berlaku sekali lagi, patutkah saya menghubungi pihak kecemasan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Sembelit
- Jangkitan usus
- Batu karang (sakit pinggang dan semasa buang air kecil)
- Penyakit apendiks
- Masalah pada ovari (kilasan ovari)
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.