
Sulit
3 tahun
Antara anemia , gastrik Tajuk 2: anxiety dan depress
Saya wanita berusia 19 thun dan seorang pelajar saya tk pernah ke hospital utk membuat segala rawatan spt check kesihatan saya … saya sllu mengalami getaran tangan, pitam apabila nk bangun dri tempat ddk , sllu rasa lemah , kerap muntah dan sllu loye, sakit kepala hari ii ,rambut kerap gugur ,Jantung sllu berdebar.,sllu mengalami mood swig ,kerap sendawa walaupun saya tk mkn, sllu buang angin. Kadang ii tk lawas … dan dlm masa yg sama juga merasa saya ada gejala anxiety dan depression … sllu rasa sedih berterusan, ingin menyendiri ,terasa nk melukakan diri (tpi sllu buat), rasa kosong ,tertekan … saya sllu tertekan dgn suasana bising tu berulang spt bunyi ketukan dimeja tu ulang ii , juga saya sllu sdih tanpa sebab kdg ii dah nangis…tpi tk thu sbb apa…thu ii dah nangis… saya tkut nak bergaul dgn org… pernah skli saya pergi bank rasa berdebar ,rasa rendah diri yg teramat dan sllu fikir org sekeliling fikir tentang kita yg negative… saya juga ada masalah keluarga… sllu ada tekanan.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda
Terima kasih atas soalan yang diajukan,kami memahami bahawa anda mengalami simptom-simptom fizikal seperti boleh merasa degupan jantung ,tangan menggeletar dan sebagainya seperti yang tertera di atas dan juga mangalami emosi tidak dapat dikawal.
Kami amat memahami kebimbangan anda dan akan tolong membantu.
Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira untuk masalah sebegini.
Berbagai penyakit dapat menyebabkan penurunan fungsi saraf otak (penyakit neurodegeneratif) yang boleh memberikan masalah sebegini.
Selain itu, ada juga beberapa kondisi yang dapat menyebabkan gangguan sebegini,:
- Masalah tiroid (amat penting)
- Cedera otak berat
- Gangguan pernapasan yang menyebabkan rendahnya kadar oksigen dan tingginya kadar karbon dioksida dalam tubuh.
- Gangguan jantung dan pembuluh darah transient ischaemic attack (TIA), endokarditis, dan miokarditis.
- Penyalahgunaan obat-obatan dan alkohol.
- Kanker otak atau kanker dari tempat lain yang boleh ke otak.
- Infeksi, seperti HIV, [infeksi otak, meningitis, dan sifilis.
- Ensefalopati, misalnya yang disebabkan oleh kelainan hati
Berikut merupakan masalah-masalah yang dikatakan organik oleh seorang pakar psikiatri,
Masalah-masalah organik ini akan dikecualikan dahulu dengan teliti sebelum seseorang pakar psikiatri mengambil kira masalah psikiatri sebagai sebab masalah anda.
Masalah sebegini sangat biasa dalam kalangan masyarakat dan boleh ditangani jikalau nasihat,pandangan dan rawatan yang diperlukan diambil kira bersama.
Oleh yang demikian ,anda amatlah disarankan untuk mendapat bantuan segera daripada pihak kami.
Anda boleh berhubung dengan kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda
.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan hubungilah kami,
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Untuk bercakap dengan pakar psikiatri