
Sulit
5 tahun
Anxiety disorder atau kesihatan mental
Saya rozanna… kebelangan ni saya ade kesukaran untuk tidur, dan apabila saya tidur saya ada mimpi2 yg buat saya berfikir… dan saya ada baca artikel dan ia mengatakan bahwa simptom2 tersebut adlh kesihatan mental atau anxiety disorder…
adakah itu betul? Atau apa perlu saya lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah anda mungkin disebabkan oleh:
- akibat stres
- akibat masalah psikiatri
- anemia
- tekanan darah rendah
- tumor otak
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu rutin harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.