
Sulit
4 tahun
Apa kaitan HIV dan Hepatitis C
My partner ada melakukan hubungan seks tanpa protection sebelum ini. HIV rapid test shows reactive. Dia ada melakukan ujian untuk Hepatitis C dan keputusan nye negative. Boleh x explain apa kaitannya HIV dengan Hepatitis C? Adakah seseorang yang positive HIV bermaksud dia juga positive Hepatitis C? Adakah kemungkinan keputusan rapid test itu ralat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, HIV rapid test digunakan sebagai salah satu bentuk saringan HIV. Keputusan yang negatif tidak bermakna pasangan anda bebas dari virus tersebut. Oleh itu, ujian pengesahan HIV pasangan anda perlulah dibuat.
HIV merupakan virus yang melemahkan sistem imun badan seseorang. Oleh itu, sekiranya kandungan virus (viral load) tersebut tinggi, semakin lemahlah sistem imun badan seseorang dan individu tersebut akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit termasuklah hepatitis C.
Berikut merupakan beberapa punca mengapa seseorang boleh mendapat jangkitan hepatitis C:
- Needle prick injury (kecederaan suntikan) di dalam fasiliti kesihatan ataupun pekerja kesihatan yang tercucuk dengan jarum individu yang positif hepatitis C
- Berkongsi jarum dalam kalangan penagih dadah
- Lahir daripada ibu yang positif hepatitis C
- Mempunyai sistem imun yang lemah seperti HIV, kanser
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan pasangan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepadanya.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.