Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Apakah amalan pemakanan ketika usia senja?

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Disember 10, 2018 7:20 AM

Bahrin 23 bulan

Doktor, ibu saya baru sahaja bersara daripada kerja kerajaan. Ibu minta saya tanyakan kepada doktor, ada tak apa-apa perkara yang beliau boleh amalkan untuk kekal sihat pada usia senja beliau ini. apa yang kena makan, apa yang kena lebih atau kurangkan… Terima kasih doktor!

Dr Ramzdhan 22 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera.

Penjagaan kesihatan pada tahap yang optimum adalah sangat penting untuk menjamin hidup lepas bersara yang berkualiti tinggi. Ibu anda digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mencapai matlamat tersebut.

Untuk warga yang telah berusia, diet pemakanan adalah sangat penting. Selain itu, aktiviti fizikal dan senaman untuk satu jam setiap hari adalah sangat berfaedah dalam segi mencegah penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan obesiti. Hindarkan rokok dan persekitaran yang kotor. Rehat dan tidur yang secukupnya juga amat penting bagi badan ibu anda.

Selain kesihatan fizikal, kesihatan mental pada usia yang meningkat juga sangat penting. Untuk mencegah masalah mental, ibu anda digalakkan untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan serta jiran. Aktiviti sosial memberi peluang kepada ibu anda untuk bergaul dengan orang supaya beliau akan kurang berasa kesunyian. Sebagai anak, anda juga harus meluangkan masa untuk bergaul dengan ibu anda.

Akhirnya, warga emas mempunyai risiko tinggi untuk menghidap pelbagai jenis penyakit. Oleh itu, ibu anda digalakkan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali. Pastikan ibu anda menjalanii saringan darah tinggi, kencing manis, kolesterol dan barah untuk mengenalpasti masalah-masalah kesihatan supaya masalah tersebut boleh dirawat dengan seawal mungkin. Pemeriksaan mulut dan gigi oleh doktor gigi juga sangat mustahak bagi ibu anda.

Dikemaskini pada: Mon Dec 10 2018 07:20:59 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Dr Ilias 23 bulan
General Practitioner

Terima kasih kerana bertanya.

Untuk kesihatan fizikal, ibu saudara perlu untuk sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Ini sangat penting untuk mengenalpasti sebarang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan kolestrol kerana kombinasi ketiga-tiga penyakit ini mampu membawa sesuatu yang lebih bahaya seperti penyakit jantung dan strok.

Selain itu, ibu saudara perlu untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 150 minit seminggu, 30 minit sehari. Kadar dan intensiti senaman pula haruslah ditingkatkan dari semasa ke semasa. Makanan yang berkhasiat juga perlu diambil oleh ibu saudara. Elakkan untuk memakan makanan yang mempunyai kadar lemak, gula dan garam yang tinggi.

Adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar pemakanan yang boleh dihubungi di hospital-hospital kerajaan mahupun swasta untuk memastikan pelan diet yang seimbang dan komprehensif dapat dibuat untuk memastikan kesihatan ibu saudara.

Selain dari kesihatan fizikal, kesejahteraan mental juga perlu dititikberatkan. Ibu saudara haruslah sentiasa menyibukkan diri dengan melakukan perkara yang berfaedah dan mampu menggembirakannya pada masa lapang beliau. Sokongan dari juga keluarga merupakan satu aspek yang penting dalam kesihatan mental individu.

Dikemaskini pada: Mon Dec 03 2018 06:02:30 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
DOC Patient Care 22 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan.

Apabila umur meningkat, tubuh badan akan berubah, terutamanya kulit, tulang dan otak akan mengalami perubahan fizikal. Bagi tulang, umur yang melanjut boleh mengakibatkan masalah tulang yang lebih rapuh dan terdedah kepada risiko patah tulang apabila terjatuh. Oleh itu, berbincanglah dengan doktor anda untuk mendapat nasihat tentang osteoporosis. Anda boleh menggalakkan ibu anda mengambil susu ataupun produk yang mengandungi kalsium tinggi seperti lentil dan yoghurt.

Selain itu, anda boleh membeli ubat penjagaan kulit bagi ibu anda untuk melindungi kulit ibu anda. Penjagaan kulit daripada pendedahan matahari yang berlebihan adalah efektif untuk mengelakkan kedutan kulit. Selain itu, anda boleh menggalakkan pemakanan yang seimbang bagi ibu anda. Makanlah banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan daging tanpa lemak. Sentiasa minum air yang mencukupi walaupun tidak berasa dahaga, ia dapat membantu mengekalkan tahap tenaga anda dan mempunyai kulit yang cantik.

Sentiasa memastikan berat badan adalah berada dalam tahap yang memuaskan, iaitu bacaan BMI (body mass index) di antara 18-24. Dari segi aktiviti pula, digalakkan bersenam secara konsisten untuk mengekalkan kekuatan otot, menambahbaikkan sistem imun, memperbaiki tidur dan mengurangkan kesakitan. Aktiviti boleh merangkumi mengayuuh basikal, berkebun, membuat yoga dan berjalan di taman. Dari segi mental pula, sentiasa memberikan otak anda kreativit dan cabaran baru untuk mengekalkan keaktifannya.

Dikemaskini pada: Tue Dec 11 2018 04:44:17 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Geriatrik tentang penuaan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ghani
Ayah saya kini mula lupa - lupa Salam doktor. Saya ingin bertanya sedikit soalan berkenaan dengan kesihatan ayah saya. Beliau berusia 72 tahun. Masih gagah lagi untuk berjalan dan aktif dalam berkebun. Namun kadang-kadang dia dah mu… Baca lagi...
23 bulan
Bahrin
Apakah amalan pemakanan ketika usia senja? Doktor, ibu saya baru sahaja bersara daripada kerja kerajaan. Ibu minta saya tanyakan kepada doktor, ada tak apa-apa perkara yang beliau boleh amalkan untuk kekal sihat pada usia senja beliau ini. apa… Baca lagi...
22 bulan
Jazli
Ayah saya meninggal akibat sakit jantung, adakah saya perlu buat pemeriksaan jantung? Ayah saya dahulu meniggal disebabkan sakit jantung. Saya dengar orang yang ada keturunan sakit jantung ni biasanya akan dapat juga sakit jantung. Saya dah berusia 57 tahun. Tak lama lagi akan bersara.… Baca lagi...
23 bulan
Kayla
Kulit semakin mengendur Salam doktor. Kulit saya kelihatan semakin mengendur bila nak masuk usia 50-an ni. Saya cuba juga pakai produk-produk krim dekat tv tu, tapi kadang-kadang sama je result dia. Ada nasihat tak doktor ma… Baca lagi...
23 bulan
Karim
Sakit belakang dan sakit lutut Hai doktor, saya seorang pesara kerajaan dan sekarang tinggal bersama anak-anak dan cucu di rumah. Kadang-kadang saya rasa saya ni cepat sangat dapat sakit belakang dan sakit lutut. Kenapa ya doktor? … Baca lagi...
23 bulan
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!