
Sulit
4 tahun
Apakah kehamilan saya normal atau tidak?
Saya wanita berumur 19 tahun, telah berkahwin 7 bulan. Tarikh last period 1/10. Sebulan lalu, saya telah buat upt dan hasilnya positif. Tapi, berlaku pendarahan sejak isnin lalu hingga kini. Buat upt, masih positif.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami dan mengajukan soalan.
Kami faham kerisauan anda pada masa ini. Kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai pendarahan tersebut. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian seperti:
- Keguguran
- Kandungan luar rahim
- Kandungan anggur
- Jangkitan salur kencing
- Karang pada salur kencing
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami gejala sedemikian. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor dengan segera untuk diperiksa dengan lebih lanjut dan supaya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk pencerahan yang lebih jelas mengenai keadaan anda daripada doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.