
Sulit
4 tahun
Apakah kesan postinor-2?
Hi dokter, sya dengan pasangan sya baru berumur 20 an. baru-baru ini, sya dan pasangan telah melakukan hubungan seks pada minggu lalu, dan sya telah melepaskan air mani di dalam. Lepas berhubungan sya memberi postinor kepada pasangan sya mengikut keterangan yang diberi. 1 pil lepas bersama, dengan 12 jam berrikutnya.
Untuk pengetahuan dokter, pasangan sya baru lepas period, diwaktu kami bersama. Adakah ada peluang untuk pasangan sya hamil??
Baru baru ni, pasangan sya ada mengadu kepada sya selepas mengambil postinor-2, 2-3 hari. dia keluar darah tapi sekejap saja tak sampai satu hari. Adakah itu kesan postinor-2?? Sekarang dia takut kalau dia hamil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika postinor diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan seks tidak dilindungi.
Selain itu, masa subur seseorang wanita kebiasaannya pada pertengahan kitaran haid. Namun begitu, walaupun pasangan anda baru sahaja datang haid, saya tidak boleh menyatakan dengan yakin bahawa dia tidak berkemungkinan untuk hamil.
Bagi masalah keluar pendarahan, ianya merupakan antara kesan sampingan yang sering berlaku dan kebiasanya ia akan berhenti secara spontan. Dalam kebanyakan kes, haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau agak awal. Sekiranya haid pasangan anda lewat melebihi 7 hari, disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.