
Harlina
6 tahun
Apakah punca turun darah pada awal kehamilan?
Hi doktor. S’y berumur 38yr .sy nk tahu apakah punca turun darah pada awal kehamilan ( 7minggu)?

6 tahun
Salam sejahtera. Walaupun pendarahan dari faraj tidak selalunya menandakan bahawa kehamilan tersebut mempunyai masalah, ia masih boleh menjadi tanda bahaya. Oleh itu, semua wanita hamil yang mempunyai pendarahan dari faraj patut mengunjungi doktor untuk diperiksa.
Antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan implan: Kadangkala pendarahan ringan yang tidak berbahaya boleh berlaku kerana penanaman telur yang telah disenyawakan pada dinding rahim terjadi sekitar masa haid anda sepatutnya berlaku.
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran: Kebanyakan keguguran berlaku semasa 12 minggu pertama dan malangnya kebanyakannya tidak dapat dicegah. Tanda-tanda lain keguguran termasuk kesakitan perut bawah atau pelepasan tisu dari faraj.
- Kehamilan ektopik berlaku jika telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim seperti di tiub Fallopian. Apabila telur tersebut membesar, ia boleh memecahkan tiub Fallopian dan menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa.
- Kehamilan molar menyebabkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam rahim. Biasanya ia tidak berbahaya tetapi dalam kes yang luar biasa, tisu ini boleh wujud sebagai kanser.
- Pendarahan selepas hubungan seksual
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Kunjungilah doktor anda untuk diperiksa bagi memastikan keselamatan anda dan kandungan.

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Antara punca pendarahan pada awal kehamilan ialah:
• Pendarahan implantasi: Sejumlah kecil darah disebabkan implantasi embrio ke dinding rahim dan adalah normal
• Keguguran yang terancam: Janin masih dalam rahim tetapi status kehamilan masih dalam persoalan
• Keguguran spontan atau lengkap: Rahim telah kosong
• Keguguran yang tidak lengkap: Keguguran telah berlaku tetapu darah beku dan tisu masih di dalam rahim
• Ovum hancur: Embrio gagal terbentuk di lokasi yang betul
• Kematian janin di rahim
• Kehamilan ektopik: Embrio berimplantasi di luar rahim, selalunya dalam tiub Fallopian
• Kehamilan molar: Kehadiran tisu yang tidak normal dalam rahim
• Pendarahan postkoital: Pendarahan selepas seks, normal semasa kehamilan
• Pendarahan tidak berkaitan dengan kehamilan: Trauma, koyakan pada dinding vagina, jangkitan
Tanda-tanda pendarahan yang anda mungkin alami ialah darah yang berwarna merah terang atau merah gelap, serta kesakitan di bahagian bawah abdomen yang terasa seperti segunggut. Sekiranya anda mengalami simptom berikut, jumpalah dengan pakar wanita anda dengan segera. Anda dinasihatkan memberitahu dengan teliti jumlah dan ciri-ciri pendarahan yang anda alami. Hal ini mustahak untuk doktor mengenal pasti punca pendarahan yang disebut di atas.