
Anonymous
6 tahun
Apakah simptom awal mengandung
saya disentuh ketika saya tidur, bangun bangun je faraj saya terasa pelik. apa yang harus saya lakukan utk mengelakkan daripada mengandung? makanan apakah yg patut saya ambil?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tanda awal kehamilan sering berlaku lebih kurang 2 minggu selepas anda mempunyai kehamilan. Kebanyakkan wanita akan mempunyai tanda-tanda awal kehamilan seperti tanda yang klasik ataupun tanda-tanda yang lain.
Berikut merupakan beberapa tanda kehamilan yang klasik :
- Tidak datang haid
- Loya dengan muntah ataupun tanpa muntah
- Kerap kencing
- Payudara yang bengkak dan sakit
Seseorang wanita boleh melakukan ujian kencing (UPT - urine pregnancy test) untuk menentukan kehamilan secara objektif. Perkhidmatan kontraseptif atau perkhidmatan perancang keluarga merupakan inisiatif bagi membantu mengawal kadar kelahiran, kehamilan dan saiz keluarga.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.