hannyezandra5993
6 tahun
Apakah simptom cegukan? Dan biasanya berlaku di kawasan mana?
Saya berusia 26 tahun, mempunyai masalah gastrik dan hyperthyroidism. Namun pada awal bulan ini, doc pakar telah memberhentikan pengambilan ubat kerana result darah thyroid saya kembali normal. Saya juga ada melakukan ecg sebanyak 3x dalam bulan ini sahaja untuk memastikan degup jantung normal dan tak laju seperti dulu. Namun, saya mempunyai masalah dada terasa sentak. Adakah itu cegukan kerana gastrik? Sebelum itu, saya pernah mengadu kepada pakar sopd saya, dan beliau mengatakan tisu dibahagian dada saya mengembang dan akibat itu saya mengalami sentakan nafas on off. Thyroid saya bersifat graves deases. Masih dalam on treatment tapi diberhentikan ubat carbimazol dan propanolol.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan soalan anda hal ini boleh bekemungkinan normal ataupun kesan sampingan ubat yang anda makan .Namun terdapat beberapa punca yang lain boleh menyebabkan hal ini berlaku. Antaranya ialah:
- Kerosakan tisu jantung akibat penyakit jantung
- Laluan elektrik yang tidak normal dalam jantung semasa kelahiran (keadaan jantung kongenital, termasuk sindrom QT yang panjang)
- Penyakit atau kelainan kongenital jantung
- Anemia
- Senaman
- Tekanan mendadak, seperti ketakutan
- Tekanan darah tinggi atau rendah
- Merokok
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih




































