Anonymous
6 tahun
Apakah ubat yang patut digunakan
saya mengalami kegatalan pada faraj. di dalam bukaan miss v saya ada sekumpulan bintik di dalam tepinya. apakah patut saya buat? ubat apa yg saya patut beli?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Terdapat beberapa punca yang boleh meyebabkan kegatalan pada faraj, antaranya ialah:
Jangkitan kulat di faraj adalah jangkitan yis biasa atau dikenali sebagai Candida yang memberi kesan kepada lelaki dan wanita. Ia biasanya tidak berbahaya tetapi ia boleh menjadi tidak selesa dan terus kembali. Untuk pengetahuan anda, ia tidak diklasifikasikan sebagai jangkitan seksual (STI). Para saintis menganggarkan bahawa kira-kira 20% wanita biasanya mempunyai Candida di dalam vagina tanpa sebarang simptom.
Rawatan jangkitan kulat faraj biasanya menggunakan ubat antikulat. Ubat in terdapat dalam pelbagai bentuk seperti ubat makan, ubat yang anda masukkan ke dalam vagina anda (pessary) atau krim untuk melegakan kerengsaan. Jangkitan kulit faraj biasanya akan elok dalam masa seminggu, selepas 1 dos ubat atau menggunakan krim setiap hari.
Pemakaian seluar dalam yang dibuat daripada kapas boleh membantu mengurangkan kemungkinan mendapat jangkitan yis. Pengambilan ubat antibiotik ata antikulat untuk tempoh yang berlarutan juga boleh menyebabkan jangkitan kulat faraj. Anda dinasihati untuk mengambil ubat antibiotik hanya selepas berunding dengan doktor supaya rawatan yang sewajarnya dapat diberikan kepda anda. . Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.


































