
gayah38
2 tahun
Apakh supplement yg dicadangkn oleh dr untuk seseorang yg menopose
Apakah suggest dr doktor untuk supplement yg perlu diambil bg seseorang dlm proses menopose

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya anda tidak menghadapi masalah yang mengganggu aktiviti seharian dalam tempoh menopause ini, anda tidak perlu mengambil sebarang supplemen atau ubat.
Masalah menopause ini seringkali akan menjejaskan tulang seseorang wanita. Anda boleh lebih rajin untuk membuat senaman atau mengambil supplemen untuk tulang. Namun, anda disarankan untuk berjumpa doktor sebelum mengambil sebarang supplemen atau ubatan supaya tidak menghadapi sebarang kesan sampingan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.