
jijigi
5 tahun
Asid Folic dan kaki nyeri+lemah
Saya remaja lelaki berumur 17 tahun,doc saya nak bertanya saya mengalami kaki nyeri+lemah sudah melebihi 3bulan lebih… walaupun sudah rujuk pakar orthopedic saya masih tidak pulih…dan sekarang saya Alamo kesukaran untuk berdiri,berjalan kaki saya juga pucat dan akan kebas sekiranya saya berada disuatu tempat,persoalan saya adakah kekurangan folic acid menyebabkan saya mengalami sakit begini dan apakah tanda² seseorang itu kekurangan folic acid dalam badan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia atau kekurangan darah merah yang mempunyai pelbagai punca
- Penyakit slip disc (masalah tulang belakang yang memerangkap saraf )
- Penyakit auto- imunisasi seperti multiple sclerosis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana dikhuatiri masalah saraf. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.