
Sulit
3 tahun
Asid folic mempengaruhi keghairahan nafsu lelaki?
Suami mengamalkan asid folic bersama saya setiap hari atas usaha mendapatkan zuriat. Normalkah suami mengalami nafsu seks yang kurang dan susah berfungsi alat kelamin seperti biasa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keinginan anda untuk mengetahui tentang adakah folik asid mempengaruhi nafsu seks dan fungsi alat kelamin suami anda.Untuk makluman anda, asid folik adalah penting dalam penghasilan sel darah merah dan sel-sel lain di dalam tubuh seperti kuku, rambut, kulit, saraf dan otak .
Asid folik memainkan peranan pencegahan dalam pelbagai keadaan seperti :
- Radang sendi seperti rheumatoid arthritis: Asid folik digunakan sebagai suplemen bagi penghidap radang sendi yang mengambil ubatan mengandungi steroid seperti methotrexate. .
- Kehilangan penglihatan berkaitan dengan umur: Sesetengah kajian menunjukkan bahawa mengambil asid folik dengan vitamin lain termasuk vitamin B6 dan vitamin B12 mengurangkan risiko masalah penglihatan yang berkaitan dengan usia.
- Kemurungan: Penyelidikan menunjukkan bahawa mengambil asid folik bersama-sama dengan antidepresan akan mengurangkan simptom kemurungan pada pesakit depresi.
- Tekanan darah tinggi: Penyelidikan mencadangkan bahawa mengambil asid folik setiap hari sekurang-kurangnya 6 minggu mengurangkan tekanan darah pada orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
- Asid folik juga disarankan baik untuk mencegah masalah gusi
- Mengambil asid folik boleh mengurangkan gejala vitiligo atau sopak.
Tiada kajian menunjukkan asid folik menyebabkan nafsu seks atau fungsi alat kelamin terganggu. Permasalahan ini mungkin disebabkan oleh masalah lain dan disarankan untuk merujuk doktor di hospital
Anda juga boleh klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.