Sulit

3 tahun

Asid folik 10mg (2biji 5mg)

Saya berumur 26tahun… sudah berkahwin 1tahun 7bulan… tetapi masih belum ada rezeki untuk ada anak… saya bercadanh untuk ikhtiar hamil dgn asid folik.!saya makan asid folik 10mg pagi dan 10mg malam…maksudnya 2biji 5mg pagi dan 2biji 5mg mlm… adakah ia akan membahayakan kesihatan saya? Saya tak pernah dpt kan saranan dari doktor tentang hal ini… saya berbadan besar , 88kg . Saya ambil macam tu sebab risau badan sy tidak mencukupi dengan hanya 1biji 5mg asid folik sahaja. Tlg bantu, jika salah sy mahu stop ambil byk tu. Sudah seminggu sy ambil sebanyak itu… tq

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Pengambilan suplemen asid folik disarankan untuk wanita yang akan dan sedang mengandung. Ia merupakan nutrien yang boleh didapati secara semulajadi dalam diet seharian namun bagi wanita yang merancang dan sedang hamil, pengambilan suplemen digalakkan bagi mencegah beberapa komplikasi akibat kekurangan asid folik. Untuk pengetahuan anda, asid folik tidak akan membantu wanita untuk mengandung ataupun mencegah seseorang daripada hamil. Kekurangan asid folik ketika mengandung boleh menyebabkan kondisi “neural tube defect” pada janin dan anemia untuk para ibu kerana asid folik yang mencukupi adalah penting untuk proses tumbesaran janin dan fisiologi darah bagi si ibu.

Berkenaan dengan dos pengambilan, setiap orang memerlukan dos yang berbeza bergantung kepada keperluan dan kondisi badan masing-masing. Perkara ini perlu dibincangkan bersama doktor dan juga ahli farmasi. Secara ideal, wanita yang mengandung atau berhasrat untuk mengandung memerlukan dos sebanyak 0.4 - 1.0 mg. Namun sesetengah wanita akan diberikan dos yang lebih tinggi iaitu 5 mg berdasarkan penilaian doktor berkenaan dengan risiko neural tube defect.

Kesan sampingan yang boleh berlaku akibat daripada pengambilan suplemen ini adalah seperti berikut (sila berjumpa doktor dengan kadar segera jika anda mengalami gejala berikut) :

  • Reaksi alahan seperti gatal, kulit kemerahn-merahan, bibir bengakak dan sesak nafas.
  • Perut dan usus. Hilang selera makan, berangin dan perut rasa kembung.

Sekiranya anda merancang untuk hamil ataupun sedang hamil, anda disarankan untuk merujuk lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

pregnancy

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)