Sulit
2 tahun
Atas kelopak mata bengkak
assalammualaikum , selamat sejahtera . docter saya ingin bertanya kenapa di bahagian mata saya terdapat satu benjolan dan dia mula membengkak . air mata bertakung di dalam kerana sekiranya nak keluar kan air mata dia merasa sakit . nak kelip mata pun dia sakit . terimakasih atas penjelasan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan benjolan keras di mata anda, antaranya:
- Jerawat di bawah mata
- Ketumbit (Stye)
- Benjolan disebabkan jangkitan kuman
- Benjolan lemak atau tisu fiber
- Objek asing masuk ke dalam mata
Saya menyarankan agar anda mendapatkan pemeriksaan di klinik bagi memastikan punca benjolan di mata anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara atas talian bagi sesi konsulatasi secara peribadi untuk mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.