Sulit
2 tahun
Atomy Vitamin C 550mg
Hello Doktor, saya baru sahaja membeli vitamin C tersebut. Boleh saya tahu adakah vitamin C ini telah diiktiraf oleh KKM dan adakah ia bagus untuk dikonsumsi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai pertanyaan anda.
Kami memahami anda ingin mengetahui jika Atomy Vitamin C diiktiraf oleh KKM. Kami akan cuba membantu anda.
Berdasarkan laman web Program Perkhidmatan Farmasi KKM, Atomy Vitamin C adalah antara jenama supplemen Vit C yang diluluskan oleh pihak KKM. Oleh itu, supplemen tersebut adalah selamat untuk digunakan. Pastikan anda merujuk kepada panduan penggunaan yang terdapat dalam pakej tersebut sebelum mengambilnya. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian jika anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.