
nurul.syafika
6 tahun
Awal kehamilan atau simptom datang bulan
Selamat sejahtera doktor. Saya syafika berusia 24 tahun . Saya pernah mengalami keguguran pada usia kandungan 7 minggu dan janin keluar dengan sendiri tanpa perlu D&C . Walaubagaimanapun saya ada bersama suami waktu subur dan sekarang saya dalam DPO11 berpandukan pada opk positif yang lepas. Saya mempunyai rasa kekejangan pada perut yang tak tentu masa dan saya juga mempunyai selera makan yang tinggi. Adakah saya berjaya hamil ataupun tidak ? Pagi tadi saya dah melakukan ujian UPT tapi keputusan adalah negatif.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt.
Penyebab negatif upt yang salah
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan seperti kehamilan kembar atau ektopik yang berisiko tinggi agar dapat dirawat atau dipantau.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.