Sulit

2 tahun

Axillary Surgery di ketiak kiri

Saya wanita berumur 30 tahun. Baru² ini saya telah menjalani pembedahan axillary di ketiak. Berapa lamakah masa untuk pulih sepenuhnya dari kesan pembedahan ? Apakah luka akan dijangkiti kuman Sekiranya dicuci setiap hari seperti disarankan ?

Terima kasih

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.

Untuk makluman pihak anda, masa untuk sembuh selepas mana-mana pembedahan bergantung kepada beberapa faktor:

  • Tapak pembedahan
  • Saiz tempat yang dibedah
  • Jenis pembedahan
  • Umur
  • Penyakit yang lain
  • Pemakanan, dan lain-lain.

Anda mungkin akan dapat kembali bekerja atau rutin biasa anda dalam 3 hingga 6 minggu. Ini juga bergantung pada jenis kerja yang anda lakukan dan sebarang rawatan lanjut mengikuti situasi anda.

Asas pencegahan jangkitan pada luka adalah pembersihan luka. Oleh itu, bagi memastikan luka anda tidak dijangkiti kuman, sila mengikuti arahan yang telah diberi oleh doktor anda.

Jika sebarang gejala yang berikut berlaku, sila merujuk kepada doktor secepat mungkin:

  • Demam (suhu tinggi daripada 37.5˚C yang diambil oleh meter suhu dalam mulut atau pada ketiak anda yang tidak dibedah)
  • Kemerahan pada kulit di sekeliling luka
  • Bengkak pada luka
  • Bengkak pada tempat berhampiran luka atau pada tangan sebelah pembedahan
  • Kesakitan yang luar biasa di luka / semakin teruk / sakit yang bergerak ke tempat lain
  • Luka keluar nanah
  • Warna kulit di sekeliling luka berhitam
  • Luka yang berbau teruk
  • Sebarang gejala lain yang merisaukan

Penjagaan diri selepas pembedahan amat penting. Oleh itu, anda harus berehat dengan sepenuhnya dan tidak tergesa-gesa untuk mula berkerja bagi memastikan kepulihan yang terbaik dan boleh sihat di masa depan. Dapatkan tidur yang secukupnya dan jaga pemakanan yang berkhasiat seperti yang disarankan oleh doktor.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kerisauan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat jawapan serta maklumat yang lebih lanjut tentang penjagaan luka anda dan sebarang pertanyaan lain.

Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_122256585%20(1)
AdobeStock_272601132%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)