Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Ayah saya kini mula lupa - lupa

Dijawab oleh: Dr Ilias

Dikemaskini pada: November 29, 2018 1:25 AM

Ghani 23 bulan

Salam doktor. Saya ingin bertanya sedikit soalan berkenaan dengan kesihatan ayah saya. Beliau berusia 72 tahun. Masih gagah lagi untuk berjalan dan aktif dalam berkebun. Namun kadang-kadang dia dah mula macam lupa-lupa sedikit. Saya tak pasti kenapa, tapi benda yang sama juga pernah jadi kepada makcik saya sebelum ini bila dia sudah berusia. Kenapa ya doktor? ada ke apa-apa yang saya boleh buat membantu untuk ayah saya?

Dr Ilias 23 bulan
General Practitioner

Terima kasih kerana sudi berkongsi masalah anda dengan kami.

Secara umumnya, kerosotan memori dalam kalangan warga emas boleh disebabkan oleh beberapa penyakit, antaranya ialah dementia, delirium dan depression.

  • Dementia ialah satu golongan penyakit yang dicirikan oleh kerosotan memori dan daya pemikiran, sehingga keupayaan untuk melakukan aktiviti harian terjejas. Dua jenis dementia yang paling biasa ialah penyakit Alzheimer dan dementia vaskular.

  • Delirium ialah kondisi di mana pesakit mengalami kekeliruan minda buat sementara masa sahaja. Mereka juga boleh mengalami gangguan pemikiran, emosi dan tingkah laku. Sebab-sebab delirium termasuklah jangkitan, ketidakseimbangan metabolik, minuman arak, sesetengah ubat, kesakitan dan pembedahan. Rawatan yang diberi bertujuan untuk menjaga keselamatan dan mengembalikan fungsi pesakit.

  • Depression atau kemurungan agak biasa dalam kalangan warga emas. Pesakit biasanya mempunyai simptom lain seperti perasaan sedih, kehilangan minat terhadap hobinya, perasaan kurang bertenaga dan gangguan tidur. Diagnosis dibuat dengan menggunakan soalan saringan dan soalan yang lebih lanjut. Rawatan yang mungkin diberi termasuklah ubat dan terapi psikiatri.

Sila rujuk pada doktor anda untuk pemeriksaan selanjutnya. Sekian, harap membantu.

Dikemaskini pada: Thu Nov 29 2018 01:25:48 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Dr Sri Viknarajan 23 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda. Masalah lupa-lupa sebegini berkemungkinan berkaitan dengan umur yang meningkat kerana perubahan otak secara fizikal. Sekiranya masalah lupa-lupa ini menjejaskan rutin harian, maka ia dikenali sebagai dementia.

Oleh itu, kehilangan ingatan merupakan simptom yang paling biasa dalam orang yang mempunyai dementia. Daripada deskipsi anda, walaupun ayah anda mempunyai masalah lupa-lupa, dia masih boleh melakukan aktiviti harian seperti berkebun dan berjalan dengan bagus.

Sekiranya anda mendapati ayah anda mempunyai simptom yang merosot, sila berjumpa dengan doktor anda untuk menentukan sebab masalah ini. Dementia mempunyai beberapa jenis seperti alzheimer’s disease, vascular dementia, masalah tiroid dan kekurangan vitamin.

Saya mengesyorkan anda membawa ayah anda membuat ujian memori. Semoga saya menjawab soalan anda.

Dikemaskini pada: Thu Nov 29 2018 01:32:09 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Geriatrik tentang penuaan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
iibu2272
Nafsu seks kurang dan faraj tidak sensitiff Umur 54 tahun…mengalami masalah faraj tak sensitif…walaupun menggunakan lidah …nafsu kurang Baca lagi...
15 bulan
Kayla
Kulit semakin mengendur Salam doktor. Kulit saya kelihatan semakin mengendur bila nak masuk usia 50-an ni. Saya cuba juga pakai produk-produk krim dekat tv tu, tapi kadang-kadang sama je result dia. Ada nasihat tak doktor ma… Baca lagi...
23 bulan
Bahrin
Apakah amalan pemakanan ketika usia senja? Doktor, ibu saya baru sahaja bersara daripada kerja kerajaan. Ibu minta saya tanyakan kepada doktor, ada tak apa-apa perkara yang beliau boleh amalkan untuk kekal sihat pada usia senja beliau ini. apa… Baca lagi...
22 bulan
Ghani
Ayah saya kini mula lupa - lupa Salam doktor. Saya ingin bertanya sedikit soalan berkenaan dengan kesihatan ayah saya. Beliau berusia 72 tahun. Masih gagah lagi untuk berjalan dan aktif dalam berkebun. Namun kadang-kadang dia dah mu… Baca lagi...
23 bulan
Jazli
Ayah saya meninggal akibat sakit jantung, adakah saya perlu buat pemeriksaan jantung? Ayah saya dahulu meniggal disebabkan sakit jantung. Saya dengar orang yang ada keturunan sakit jantung ni biasanya akan dapat juga sakit jantung. Saya dah berusia 57 tahun. Tak lama lagi akan bersara.… Baca lagi...
23 bulan
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!