Anonymous
6 tahun
Baby Sesak Nafas
Saya azila bg pihak kakak saya. Saya ingin bertanya mengenai kesihatan anaknya lelaki umur dua bulan. Semenjak lahir sehingga sekarang anaknya sesak nafas,tercungap² bila tido.susah utk dia tido. Kuat nafas anak dia boleh dengar.Then td dkt dlm tekak dia mcm ada something dia cuba keluarkan. Dalam family hanya saya yg sakit iaitu thyroid.dah bawa anaknya ke hospital dan klinik tp jwpn sama dari doktor kata tiada apa² yg serious and anak dia tak sakit apa² pon.tapi risau keadaan anak dia sekarang ni. Apa ya masalah yg dihadapi oleh anaknya? Atau ianya memang normal? Thank you
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan butiran yang diberi, kami rasa bayi kakak anda mempunyai masalah nafas bayi berbunyi.Terdapat beberapa sebab yang boleh menyumbang kepada hal ini.Antaranya ialah:
- saluran pernafasan yang tersumbat: akibat asma
- saluran pernafasan yang sempit.
- infeksi di trakea, bronkus dan larynx: dikenali sebagai croup
Diharapkan puan tidak menangguhkan keadaan ini dan dengan segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana hal ini boleh menjejaskan kesihatan anak puan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih



































