Sulit
3 tahun
Bacaan demam lain dahi dan telinga
Hi saya wanita 30 tahun… saya kerap merasa tidak sedap badan dan sakit kepala… rasa seperti demam dan panas badan tetapi bila diperiksa suhu dahi saya masih normal bawah 37… jadi akhirnya saya periksa suhu dalam telinga suhu saya ialah lebih 38.5… bole saya tahu yang mana bacaan yg tepat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang bacaan suhu badan yang berlainan antara dahi dan telinga. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, bacaan suhu yang paling tepat adalah yang diambil di dubur, namun begitu cara ini tidak praktikal. Bacaan suhu pada dahi dan telinga kedua-duanya adalah tepat, namun kedua-duanya perlu dipastikan dilakukan dengan betul dan dengan termometer yang sesuai.
Antara punca bacaan yang berlainan boleh berlaku kerana:
- kesilapan ketika mengambil suhu seperti jauh dari dari
- tidak menggunakan termometer yang sesuai dengan bahagian yang diambil
- termometer rosak
Sekiranya anda merasa tidak sihat dan ragu-ragu dengan bacaan termometer anda, anda boleh merujuk masalah ini kepada doktor untuk diperiksa dengan lebih tepat. Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.




























