Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Bacaan gula dalam darah meningkat

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Oktober 20, 2020 9:43 AM

Sulit 4 bulan

Hi doktor… saya nak tanya. Menu tengah hari saya tadi setengah pinggan beras perang,ulam (bayam brazil), ayam bakar, dan sambal belacan. Saya cuba ambil bacaan gula dalam darah saya, tapi bacaan menunjukkan angka 8.5mmol… terkejut saya… sedangkan semalam… saya lunch makan roti wholemeal 2keping dan telur gorenf, bacaan gula tidak smpai angka 6mmol pun… kenapa macam tu ye… bukan beras perang ni boleh makan lebih sikit ke dari beras putih?

Dr Sri Viknarajan 4 bulan
General Practitioner

Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan persoalan yang berlegar di fikiran anda. Saya akan cuba bantu anda untuk memahami rawatan yang ada untuk pesakit kencing manis atau diabetes.

Beras perang dan beras putih mengandungi gula yang sama. Anda diminta untuk mengambil makanan yang sihat dan mengikut piramid makanan. Banyakkan sayuran dan buah dalam diet anda.

Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal

Berikut merupakan antara rawatan bagi penyakit kencing manis :

  • Mengubah gaya hidup : pesakit digalakkan untuk mengurangkan berat badan, melakukan senaman sekurang kurangnya 30 minit sehari dan tiga hari seminggu, makan makanan yang lebih berkhasiat termasuklah sayuran, buah buahan dan makanan rendah gula dan karbohidrat.
  • Metformin : merupakan ubat utama yang diberikan setelah pesakit disahkan menghidap diabetes. Ubat ini akan mengurangkan penghasilan gula dalam hati dan meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan
  • Sulfonylurea : ubat ini digunakan untuk meningkatkan kadar insulin dalam badan manusia. * Thiazolidinediones : meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan.
  • DPP4-Inhibitor : mengurangkan kadar gula dalam darah.
  • Insulin : injeksi insulin untuk meningkatkan kadar insulin dalam badan.

Ketahui tentang penyakit kencing manis dengan lebih mendalam. Pakar Endokrinologi boleh membantu anda.

Penyakit kencing manis memerlukan rawatan yang spesifik untuk setiap pesakit dan memerlukan pengawasan daripada doktor. Anda boleh berhubung dengan kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan konsultasi secara peribadi dengan Pakar. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Oct 20 2020 09:43:40 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Endokrinologi tentang kencing manis secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80