Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Bacaan Gula Masih Sama walaupun telah lama makan ubat metformin

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 18, 2020 2:51 AM

Sulit 53 hari

Umur saya 43 thn…punyai diabetik semenjak 2017 selepas buat ‘full checkup’ dgn bacaan gula 9…doktor menasihati supaya bersenam dahulu sebelum ambil ubat…saya mula makan metformin pada bulan Julai 2019 selapas bacaan gula meningkat ke 10-11…pada hari ini…selepas makan ubat metformin,bacaan gula saya masih x berkurangan…masih di level 8-10… saya agak risau bila kencing saya berbuih banyak dan mula sakit dibahagian pinggang…mengikut bacaan di internet…ia menunjukan buah pinggang sudah mula ‘rosak’…saya just nak tau kenapa dh makan ubat…bacaan gula masih tinggi…walaupun diet sy sesuai telah di ikuti…penerangan doktor amatlah dihargai…sekian…terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 53 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Dos ubat tidak mencukupi
  • Ubat tdak sesuai dengan anda
  • Cara pengambilan ubat salah

Selain itu, sekiranya anda belum berjumpa pakar diet, saya amat menyarankan untuk anda berjumpa dengan mereka bagi membicangkan amalan diet yang paling sesuai untuk anda.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor ketika anda membuat temu janji susulan.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon May 18 2020 02:51:35 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Reverse Diabetes (diet low carb) Saya disahkan mengidap diabetes baru baru ini. Doc memberi saya ubat Glumet DC 500mg. Bila saya buat low carb diet bolehkan saya berhenti mengambil ubat? Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Kencing tidak lawas Dan tidak selesa Hi Dr . Saya seorabg lelaki, berusia 24 tahun, saya mengalami kencing tidak lawas sejak 3 minggu Kali. Simptom lain Yang saya Alamo adalah seperti kaki kebas dibahagian tapak kaki, Rasa tidak se… Baca lagi...
32 hari
Sulit
Kencing manis, dan sekrang saya mengambil suplement untk kencing manis Adakah spelmenf tu bagus untk saya …nama suplemnt tu NATURALLE DIAMELON 500mg …buat masa nie gula saya paling tinggi 11.6 …saya mempunya mesin cek gula jadi saya akan cek dengan sendiri nya dir… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Bacaan Gula Masih Sama walaupun telah lama makan ubat metformin Umur saya 43 thn…punyai diabetik semenjak 2017 selepas buat ‘full checkup’ dgn bacaan gula 9…doktor menasihati supaya bersenam dahulu sebelum ambil ubat…saya mula makan metformin pada bulan Jul… Baca lagi...
53 hari
Sulit
Pandangan jadi gelap Saya ina , umur 54 tahun. Bulan Disember tahun lepas, saya disahkan ada kencing manis. Saya ada makan ubat kencing manis 2 jenis : Glumet DC dengan gliclazide 80mg. Saya dah hampir 2 bulan makan… Baca lagi...
58 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi