Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Bacaan gula Pre Diabetes

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Disember 23, 2020 6:39 AM

Sulit 2 bulan

“Berdasarkan garis panduan CPG di Malaysia, untuk pesakit kencing manis, bacaan normal bagi paras gula dalam darah ketika puasa ialah 4.4-7.0 mmol/L, manakala bacaan normal bagi paras gula dalam darah selepas makan ialah 4.4-8.5 mmol/L.”
Merujuk pada kenyataan atas, saya disahkan ada pre diabetes ats bacaan gula 6.6% NGSP dan 49 mmol/mol SI. Masa pngambilan darah, sya tidak puasa, dah inform doktor dn ambil pada jam 9am. Soalan saya

  1. Adakah sya dlm golongan pre diabetes?
  2. Ubat metformin diberi. Boleh kah sya makan kalau sya bukan pre diabetes?
    Terima kasih
Dr Ramzdhan 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Disebabkan saya tidak dapat menilai keadaan anda secara fizikal dan kekurangan maklumat, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini.

Namun begitu, secara amnya, pra-diabetes adalah keadaan paras gula darah adalah tinggi tetapi tidak begitu tinggi sehingga boleh dikategorikan sebagai kencing manis. Pra-diabetes boleh dikenalpasti dengan melakukan ujian darah seperti:

  • Paras gula darah (berpuasa): 100 - 125mg/dL
  • Hemoglobin berglukosa (HbA1c): 5.7 - 6.4%
  • Ujian toleransi lisan glukosa: 140 - 199 mg/dL

Metformin boleh membantu mencegah kencing manis jika anda adalah pesakit pra-diabetes. Setakat ini tiada, kajian yang menunjukkan metformin digunakan selain daripada digunakan untuk merawat kencing manis, pra-diabetes dan PCOS.

Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !

Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

Ketahui tenutang penyakit kencing manis dengan lebih mendalam. Pakar Endokrinologi boleh membantu anda.

Dikemaskini pada: Wed Dec 23 2020 06:39:53 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Endokrinologi tentang kencing manis secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80