Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Bacaan gula tinggi dan kulit gatal2

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: April 13, 2021 10:57 PM

Sulit 5 bulan

sy wanita berumur 27 thn,baru2 ini sy mula mengambil berat berkenaan bacaan gula menggunakan glucometer…hasilnya bacaan gula sy agak tinggi…sy bangun pagi dan cek bacaan gula dlm 6.8-8.3 sebelum mkn…lepas beberapa hari sy mula risau dn gelisah dn setelah dua jam berbuka puasa bacaan gula sy 11.3.adakah sy telah menghidap kencing manis pd tahap ini?sy amat risau dn glisah krn keluarga juga mmpunyai sejarah pnyakit diabetes dn setelah berhenti kerja badan sy mulai gemuk dn tidak melakukan senaman…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 5 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kebiasaannya selepas anda didiagnos kencing manis, doktor akan memberi rawatan kepada anda. Pihak kami tidak boleh memberi rawatan kepada anda kerana kami tidak boleh memberi diagnosis berdasarkan keputusan ujian tersebut.

Namun, anda disarankan:

  • mengamalkan pemakanan yang sihat seperti suku, suku, separuh iaitu suku nasi, suku lauk, separuh sayur
  • Bersenam
  • kurangkan makanan bergula

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Apr 13 2021 22:57:35 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Endokrinologi tentang kencing manis secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19