cintapertamaselalu
5 tahun
Bacaan normal untuk Heroes (hsv1)
Saya seorang wanita berumur 33 dan pd 16/12/19 melakukan ujian darah dan hasil sy terjakit HSv-1 dengan bacaan 45.3 ada note sila ambil perhatian perubahan kaedah ujian dan rujuk rujukan berkuat kuasa dari 11/4/2019 apakah itu tarik di mana sy awal terjakit dan berapa bacaan yang normal utk HSv-1&2 sebelum ini saya dgn pasangan negatif HSV apakah sex oral penyebab nya , sedangkan husband tidak terjakit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doctor.
Untuk makluman anda, jangkitan HSV-1 boleh dijangkiti melalui seks oral atau sekadar berciuman. Terdapat situasi dimana pesakit mungkin akan mendapat sebarang gejala atau tidak memiliki sebarang gejala walaupun positif. Kami tidak boleh mengulas nota yang anda sampaikan tanpa laporan kesihatan sebenar bagi mengelakkan kesalahan mengintepretasi secara membuta tuli.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.





































