
Sulit
4 tahun
Back acne atau benjolan di bahagian belakang
Saya berumur 45 tahun, punya back acne di bahagian belakang, seperti benjolan yg semakin membesar. Ada tak cara untuk membuang, sepeti pembedahan atau apa cara sekalipun.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Namun begitu, banyak maklumat lanjut diperlukan untuk mengetahui punca dan mengapa anda mengalami masalah tersebut dan keadaan anda perlu diperiksa oleh doktor supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Pada masa ini, kami sarankan anda untuk melakukan perkara berikut:
- Sentiasa menukar cadar
- Menjaga kebersihan diri dengan lebih sempurna
- Sentiasa menukar pakaian dan memakai pakaian yang bersih
Sekiranya perkara ini berlarutan, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut.
Jika anda memerlukan pencerahan lanjut, sila hubungi (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.