Sulit
3 tahun
Badan berangin dan sesak nafas
Saya seorang wanita dalam lingkungan 20-an. Saya mengalami masalah angin dalam badan yang teruk sehingga kerap bersendawa. Sejak kebelakangan ini, saya mula perasan yang saya kerap mengalami sesak nafas. Saya mengalami kesukaran untuk bernafas apabila saya dalam keadaan baring dan diikuti dengan sendawa serta ini menyebabkan saya tidak dapat tidur langsung. Saya harap penerangan berkaitan dengan masalah saya, terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sesak nafas boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.